BAHAYA- AIR MASUK TELINGA ANAK!!!!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~   pERINGATAn ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mandi berdua dengan anak..bilasan terakhir...tiba2 air masuk dalam telinga..cepat2 lap badan jalan berhati2 sbb takut air masuk makin dalam telinga hahaha...
Cari katembad korek telinga hbs 3 batang x juga kuar air...ketuk2 pale x kuar juga...aish....xselesa ni dok rasa berdengung n air golek2 dlm telinga..tiba trpikir google petua..alhamdulillah jumpa satu petua...ok la kita kongsikan petua @ cara keluarkan air dari telinga pulak...Ini sebagai ikhtiar kita sahaja, kalau tak berhasil jawapannya pergi lah ke klinik..ini adalah dari pengalaman saya yg telah melakukan cara ini..alhamdulillah..berhasil!

1. Pusingkan kepala ke arah yang bertentangan. Kalau telinga kiri masuk air, kepala kena teleng ke arah kanan. Yang penting adalah supaya telinga yg bermasalah tadi menghadap ke langit.

2. Titiskan air ke dalam telinga tersebut.
Dengan masih berkeadaan telinga tadi menghadap ke langit, ketuk kepala perlahan-lahan. Biarkan air tadi masuk selama 10 ? 12 saat.

3. Dengan pantasnya, pusing kepala dengan cepat supaya telinga yg bermasalah tadi menghadap ke bumi. Ketuk kepala perlahan-lahan sehingga ke semua air keluar (air yg "termasuk" + air yg dititiskn tadi). Anda akan merasakn air yg panas keluar dari telinga itu.
Uji samada kesemua air telah keluar atau masih ada yang terperangkap. Jika ada, ulang kaedah di atas sehingga kesemua air tersebut hilang In sha allah...

Fakta sains bagi menyokong kaedah ini.. Dari segi sainsnya, kaedah ini berjaya kerana wujudnya daya lekatan antara molekul2 air (walaupun dari sumber yg berbeza..tapi tetap air). Terdapat dua jenis daya yg ada pada air tersebut iaitu  daya lekatan, dan daya lekitan. Daya lekatan adalah daya tarikan antara molekul2 sejenis..dalam konteks ni antara sesama molekul air (Gay force!). Manakala daya lekitan pula adalah daya tarikan antara molekul yg berlainan jenis..dalam konteks ni antara molekul air dan dinding telinga.
Jadi apabila air baru dititiskan ke dalam telinga, molekul air ini akan bergabung dengan molekul air yg terperangkap tadi (Gay reaction) untuk menjadi satu gumpalan air yg lebih besar kerana daya lekatan adalah lebih kuat berbanding daya lekitan antara air dan dinding telinga (sebab tu kena biarkan 10-12 saat tadi supaya tindakbalas sejenis ini dapat berlaku). Apabila kepala dipusingkn dengan cepat, gumpalan air tersebut akan ditarik oleh graviti untuk meluru keluar dari telinga anda...subhanallah...maha suci Allah yang menciptakan segala keindahan secara terangan mahupun yang tersembunyi supaya kita mengkaji dan mengakui kekuasaannya

Kesan jangkitan dan perkara perlu dielakkan....Air yang masuk ke telinga dan tidak dibersihkan dengan segera boleh menyebabkan masalah. Jika saluran telinga basah, maka perlindungan pada saluran telinga akan hilang dan berisiko mengalami infeksi jangkitan telinga bernanah dan sebagainya.
Sebaiknya ketika air ada didalam rongga telinga kita, jangan panik dan bertenang. Berhati-hati jangan dikorek-korek dengan cotton pengorek telinga atau benda-benda yang lainnya.Begitulah adanya......wallahu alam bissawab.
Sumber: keindahanpengalaman.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

 

2013 © Ain Zinnirah Collection

Designed by | Irsah inDesigns Copyright © 2013
Supported By | Blogr Templates and Themes

Domain + Hosting | Unlimited Web Host